Ummu al-Barahin,  Kitab Aqidah Aswaja Karya Imam Al-Sanusi

 
Ummu al-Barahin,  Kitab Aqidah Aswaja Karya Imam Al-Sanusi

LADUNI. ID, ULAMA -Kitab Umm al-Barahinم البراهين) adalah sebuah kitab dalam bidang akidah yang terkenal di kalangan para ulama Ahli Sunnah wa al-Jama’ah dari aliran al-Asya’irah.  Kitab ini adalah sebuah karya al-Imam Muhammad bin Yusuf bin `Umar bin Syu’aib al-Sanusi al-Maliki al- Hasani al-Tilimsani (832-895H).

Tokoh yang terkenal dengan gelaran Imam al-Sanusi ini, merupakan seorang tokoh terkenal Ahli Sunnah wa Jama’ah, yang mendokong fahaman akidah dari aliran al-Asya’irah. Beliau merupakan seorang sarjana yang disegani pada kurun ke 9 Hijrah. Beliau mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan disiplin ilmu akidah semasa hayat dan selepas kewafatannya.

Beliau Pendekatan yang tersendiri, mudah dan ringkas dalam menyebarkan disiplin ini merupakan asas kepada penerimaan generasi berikutnya terhadap hasil karya al-Sanusi. Asas yang dibentuk oleh al-Sanusi menjadi acuan dalam perbincangan dan penulisan disiplin pengajian akidah selepasnya.

Kitab Umm al-Barahin yang juga dikenali dengan nama al-‘Aqidah al-Sughra dan Dhat al-Barahin adalah intipati dari kitab `Aqidah Ahl al-Tawhid, iaitu sebuah karya al-Sanusi sendiri yang juga dikenali dengan nama al-‘Aqidah al-Kubra. Penghasilan karya ini adalah kesinambungan dari usaha-usaha penghasilan karya ilmiah dalam bidang akidah sejak kurun kedua Hijrah lagi.

UNTUK DAPAT MEMBACA ARTIKEL INI SILAKAN LOGIN TERLEBIH DULU. KLIK LOGIN