Beberapa Karya dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan kitab Umm al-Barahin
LADUNI. ID, KITAB -Salah satu kitab aqidah yang termasyhur bernama Umm al-Barahin (أم البراهي). Kitab ini dalam bidang akidah yang terkenal di kalangan para ulama Ahli Sunnah wa al-Jama’ah dari aliran al-Asya’irah yang dikarang oleh al-Imam Muhammad bin Yusuf bin `Umar bin Syu’aib al-Sanusi al-Maliki al- Hasani al-Tilimsani (832-895H)
Kitab ini telah disyarih oleh banyak ulama dalam beberapa jenis bahasa termasuk bahasa Melayu. Diantara karya-karya dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan kitab Umm al-Barahin
1. Kitab ‘Aqidah al-Najin fi `Ilm Usul al-Din. Kitab ini dikarang oleh al-Syaikh Zayn al-‘Abidin bin Muhammad al-Fathani. Ia dicetak di Matba‘ah bin Halabi, Thailand. Kata al-Syaikh Zayn al-`Abidin:
“ Telah membaiki Allah Ta`ala bagiku dan bagi mereka itu akan bahawa aku suratkan bagi mereka itu suatu kitab pada menyatakan ilmu usuluddin pada hal aku terjemahkan daripada Muqaddimah Syaikh Sanusi serta aku tambahkan atasnya daripada beberapa kalam syarahnya dan hasyiahnya supaya nyata maksud daripada kalam syaikh itu dan jikalau tiada aku ahli bagi yang demikian itu sekalipun tetapi i`timadku kepada tawfiq al-Karim al-Wahhab.
Kitab ini telah disempurnakan penulisannya oleh Syaikh Zayn al-‘Abidin pada hari Sabtu bulan Jamad al-Akhir, tahun 1308 Hijrah.
Memuat Komentar ...