Tujuh Pesan Gus Dur Ini Tidak Boleh Diremehkan dan Harus Diamalkan
LADUNI.ID, Jakarta - Di balik pemikiran-pemikiran ‘nyeleneh’ KH Abdurrahman Wahid (Gus Dur) selalu ditemukan pesan-pesan bijak dan arif yang tak disangka-sangka dari seorang Gus Dur. Salah satunya adalah 7 pesan Gus Dur berikut ini yang menyadarkan kita akan arti pentingnya amaliah yang sering lalai kita laksanakan dalam kehidupan sehari.
1. Pesan pertama:
Solat Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada solat tahajjudnya. Pastinya doa akan mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah SWT.
2. Pesan kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk mana pun kita, bacalah ayat 3 Qul, atau ayat qursi.
3. Pesan ketiga:
Hadirkan diri ke masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah SWT .
Memuat Komentar ...