Kunci Nikmat Hidup: Lapang Hati Lapang Pula Rezeki
LADUNI.ID, Jakarta - Terkadang, kita takut jika dekat dengan manusia yang suka iri hati dan dengki. Meskipun dari luar tampak baik, tetapi kalau hatinya busuk maka rusaklah hubungan yang terjalin.
Hal itu tidak terkira darah daging sendiri atau orang luar yang bukan saudara sekandung. Jika secuil pun tersimpan satu perasaan negatif, maka hidup tidak akan bahagia sampai ke ujung nyawa sekali pun. Terlebih, ketika sudah melihat apa yang orang lain buat, semua tampak salah.
Buanglah Rasa Iri dan Dengki
Dalam hidup jangan terlalu dengki dengan kelebihan orang lain. Masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan. Hanya saja, kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang ada. Jangan pernah iri terhadap kejayaan orang lain, kerana kita tidak pernah tahu Ietihnya ia dalam memperjuangkan kejayaannya dan berapa kali ia jatuh namun bangkit kembali.
Iri hati hanya akan membuat kau sedih melihat orang Iain bahagia. Dan bahagia saat melihat orang Iain sedih. Melihat pencapaian orang lain? Jangan iri, jangan dengki. Kalau lapang hati, lapang pula rezeki.
Jangan iri dan dengki dengan kejayaan dan pencapaian orang Iain, kerana setiap orang yang menerima Iebih akan diminta Iebih juga dalam hidup ini, sehingga kita tak perlu iri, tapi bersyukur apa yang diberi Allah saat ini.
Kunci nikmat itu merasa memiliki dan menikmati apa yang ada, bukan dipaksa untuk harus ada. Satu tips untuk berjaya, jangan ada sifat iri hati dan dengki dengan kejayaan orang Iain. Sebab? ltu rezeki dia, rezeki kau Allah bagi nanti, sabar!
Memuat Komentar ...