Kisah Pembuat Film Hina Rasulullah yang Kini Jadi Pendakwah di Jalan Allah

 
Kisah Pembuat Film Hina Rasulullah yang Kini Jadi Pendakwah di Jalan Allah

LADUNI.ID, Jakarta - Sebagai agama fitrah, Islam hadir dengan jawapan bagi mereka yang mengkaji.

Inilah yang berlaku kepada Arnoud van Doorn, ahli politik dari Belanda yang pernah menghasilkan film kontroversi bertajuk Fitna – film pendek berdurasi 17 menit yang mengaitkan ajaran Islam dengan keganasan.

Ketika menghasilkan film berkenaan, Arnoud merupakan salah seorang ahli parti nasionalis Belanda, Party for Freedom yang diterajui Geert Wilder.

Film tersebut merupakan salah satu kempen ‘membongkarkan bahaya’ ajaran Islam kepada masyarakat di sana – secara tidak langsung meraih sokongan rakyat terhadap perjuangan parti.

Kata Arnoud, sebelum ini ada pihak yang memberitahunya bahawa Islam bukanlah agama keganasan, namun dinafikannya.

Walaubagaimanapun, jauh di sudut hati Arnoud, beliau berasa ada sesuatu yang tidak kena dan tertanya-tanya adakah Islam benar-benar agama yang zalim seperti digambarkan media dan ahli politik.

“Saya mula membaca bahan yang bukan sahaja saya baca sebelum ini yang menjadi propaganda akhbar, tetapi juga al-Quran dan hadith. Dan saya fikir bahan ini mengandungi banyak hal-hal yang bijaksana dan indah, jadi mustahil ia seteruk yang dikatakan,” katanya.

Sejak mengkaji al-Quran dan hadith, rasa ingin tahu Arnoud semakin membuak-buak.

“Akhirnya rakan saya yang menjadi Ahli Dewan Undangan The Hague yang beragama Islam mengajak saya untuk ke sebuah masjid di sana.

UNTUK DAPAT MEMBACA ARTIKEL INI SILAKAN LOGIN TERLEBIH DULU. KLIK LOGIN