Pidato Pengunduran Diri Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia
LADUNI.ID, Jakarta - Dalam pidato khusus yang disiarkan langsung melalui televise, radio danmedia sosial Radio Televisi Malaysia (RTM), Perdana Menteri sementara Malaysia Mahathir Mohamad mengungkapkan alasan pengunduran dirinya sebagai perdana menteri ke-7, Rabu (26/2) pukul 16.45.
Berikut ini adalah beberapa poin dari pidato Mahathri Mohamad mengenai pengunduran dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia,
PERUTUSAN KHAS
YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 26 FEBRUARI 2020 (RABU)
1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuan-tuan dan puan-puan.
2. Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.
3. Walau bagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya, dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim.
4. Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.
Memuat Komentar ...